Isnin, 11 Julai 2011

Agar-agar nestum cara AkuIbu

Mula-mula aku ingat nak buat agar-agar cornflakes tapi disebabkan cornflakes dekat rumah dah habis aku tukar la dengan nestum..cara nak buat dia mudah aje mula-mula :-

Bahan-bahan :-
Air dalam 3 cawan
Agar-agar(dalam setengah aje)
Susu pekat manis 1 tin, kalau nak manis lagi letak la gula sikit (aku tak tambah gula sebab tak nak terlalu manis)
Telur kuning 1 biji
Nestum 1/2 cawan

Cara-cara :-
1.Mula-mula panaskan air
2.Agak-agak dah panas masukkan agar-agar (aku letak sikit aje sebab nanti agar2 jadi lembut)
3.Susu pekat manis dan telur kuning - blend. Bila tengok agar-agar dah masak masukkan bahan yang di blend tadi
4.Masukkan nestum kacau sampai agak-agak macam dah likat, tutup api transfer la dalam loyang
5.Dah sejuk sikit baru masukkan dalam peti ais

*Bila nak makan kalau ikut cara aku yang sememangnya nak menambahkan lagi kesedapannya tabur sikit nestum dengan milo atas agar-agar yang dah disejukkan sebab nampak lagi best dan menarik...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan